Wednesday 21 December 2011

UNIT 3 / SUBJEKTIF/ PEMULIHAN


Tuliskan nombor untuk menyatakan jenis ayat di bawah.

1    Ayat penyata                       2      Ayat tanya
3    Ayat perintah                      4      Ayat seruan



1.    Kampung Berjaya telah berjaya memenangi anugerah Kampung Contoh. ____
2.    Syabas, anda semua hebat!  ____
3.    Pernahkah kamu melawat ke Kampung Berjaya?  ____
4.    Kampung ini diisytiharkan sebagai “Kampung Contoh”. ____
5.    Wah, bersih dan indahnya Kampung Berjaya ini! ____
6.    Minta penduduk Kampung Berjaya menjaga kebersihan. ____
7.    Apakah kejayaan penduduk Kampung Berjaya? ____
8.    Chee Meng, tolong ambilkan dompet ayah. ____
9.    Tolong ! Tolong ! Ada rumah terbakar !  ____
10.    Duit simpanan Nora ada pada emaknya.  ____
                                   

UNIT 3 / OBJEKTIF/ PEMULIHAN

Pilih jawapan yang paling tepat.
1.    Ibu _______________ membasuh kain di dalam bilik air.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
2.    Puan Maggie _________ selamat melahirkan anak yang keempat.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
3.    Lina ____________ makan tengah hari lagi walaupun sudah pukul tiga petang.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
4.    Dia __________ berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
5.    Kita ______________ berdiri tegak ketika lagu "Negaraku" dinyanyikan.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang

UNIT 3 / SUBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
1.             akan     /     majlis  /    pukul  /  itu  /   dimulakan  /   petang.  /    pada   /  enam
____________________________________________________________________
2.             kejayaan  /  tercapai  /   titik   /   dan   /   peluh   /   hasil   /   kampung.   /    kerjasama   /   penduduk   /   ini
____________________________________________________________________
3.             Kami   /    pulang  /    akan   /    ke   /    minggu   /    kampung   /  depan.
____________________________________________________________________
4.             dari   /    ladang.   /    membawa   /    kelapa   /    tandan   /    sawit   /    digunakan traktor   /    keluar
____________________________________________________________________
5.             banyak   /    Sayur-sayuran   /    vitamin.   /    mengandungi
____________________________________________________________________

UNIT 3 / OBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Pilih jawapan yang paling tepat.
1.      Penduduk Kampung Berjaya  ____________ sayur-sayuran di belakang rumah mereka.
A    mencabut                          B   menanam              
C   menarah                             D   mencangkul
2.      Peladang kini menggunakan traktor untuk memudahkan kerja-kerja ______________ tandan-tandan kelapa sawit .
A    mengangkut                     B   menggali               
C  mencangkul                       D   memunggah
3.      Chee Meng rasa bertuah ___________ penduduk Kampung Berjaya.
A    menjadi                            B   mempunyai           
C   memiliki                            D   memilih
4.      Negara kita __________________ getah dan kelapa sawit yang amat berguna kepada      
manusia.
A   menyumbangkan               B   menghasilkan        
C   mengusahakan                  D  menguruskan
5.   Petani yang _______________  hasil tanaman bekerja dengan tekun sekali.
A   menjaga                             B   melihat                  
C   memerhati                          D  memungut

UNIT 3 / SUBJEKTIF/ PENGAYAAN

Isi tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.

1.        Setiap murid ________________ berpakaian seragam jika hendak pergi ke sekolah.
2.        Tanaman yang dibajai ______________ tumbuh dengan subur.
3.        Tukang kebun itu ________________ menyiram pokok bunga apabila tuannya balik.
4.        Adik ______________ tidak memahami apa yang diajar oleh cikgu walaupun sudah diterangkan banyak kali.
5.        Puan Zarina ______________ membeli dua buah pasu bunga semalam.
6.        Mereka yang ______________ menyiapkan kerja tidak dibenarkan pulang.
7.        Pokok itu kelihatan layu kerana ____________ disiram lagi.
8.        Kumpulan murid istimewa itu _______________ membuat persembahan di pentas.
9.        Ah Meng _____________ menyiapkan kerja sekolahnya lebih awal.
10.    Mangsa kebakaran itu _______________ dalam keadaan ketakutan.
11.    Pameran hasil pertanian __________________ diadakan pada minggu hadapan.
      
       akan           telah            sedang
       masih         belum           mesti

UNIT 3 / OBJEKTIF/ PENGAYAAN

Pilih jawapan yang paling sesuai.
1.    Lee Ann ________________ gula-gula kerana asyik bercakap ketika makan.
A    tertelan                 B    menelan               
C    telan                      D    bertelan
2. Kita akan _______________ peperiksaan UPSR dua tahun lagi.
A    duduk                   B    menduduki          
C   diduduki                D    terduduk
3. Kita mesti ___________________ setiap topik yang diajar oleh cikgu.
A     memahami           B    melupai                
C   merangka               D    merenung
4. Penternak ikan air tawar itu sedang ____________ makanan kepada ikan-ikannya.
A   menggantung        B    membuang           
C   mencucuk              D   menabur
5. Kami ________________ kereta ayah yang rosak itu.
A  menolak                  B    membelit               
C   memimpin              D   menongkat
6. Gerard ______________ kepalanya yang gatal.
A  menghiris                B   mengguris             
C   menggaru               D   menumbuk

UNIT 2 / SUBJEKTIF/ PEMULIHAN

Garisi kata ganti nama diri yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1.    "Emak, ( kamu , aku , hamba ) ingin makan nasi lemak," kata adik kepada emak.
2.    Pada minggu lepas, ( awak , tuan , kami ) sekeluarga bercutti ke Pulau Langkawi.
3.    "( Saudara ,  Saudari , Encik ) mencari siapa?" tanya Johari kepada gadis itu.
4.    Mary tinggal bersama datuk ( nya ,  kau , beliau )
5.    "( Hamba , Beta , Tuan ) menurut segala perintah tuanku," kata Datuk Bahaman.
6.    Produk ini direka khas untuk ( kamu, baginda , beliau ) yang sentiasa sibuk.
7.    "Wah, besarnya rumah ( anda , awak , kalian )!" kata Alia kepada kawan baiknya.
8.    "Patik berharap agar ( tuanku , kamu , anda ) memikirkan hal ini sebaik-baiknya," kata bendahara kepada sultan.
9.    "Bilakah ( kalian , anda , tuanku ) hendak bersiap ke sekolah?" tanya Min Er kepada anak-anaknya.
"Sudahkah ( tuanku , awak , anda ) membayar yuran komputer?" tanya Jesica kepada Amir.

UNIT 2 / OBJEKTIF/ PEMULIHAN

Pilih jawapan yang paling sesuai.
1.      Dengan  ____________kah dia memukul ular itu?
A   apa                         B   siapa                     
C   mana                      D   mengapa
2.      Kepada ___________kah cenderamata itu akan dihadiahkan?
A   apa                         B   siapa                     
C   mana                      D   mengapa
3.      ___________ pemuda yang bersama awak pada hari itu?
A   Apakah                  B   Ke manakah         
C   Siapakah                D   Bilakah
4.      Sejak ____________ awak pandai mengira seperti ini?
A   bilakah                   B   siapakah                
C   apakah                   D   bagaimanakah
5.      _____________ orang pekerja yang diperlukan untuk projek itu?
A   Ke manakah          B   Berapakah            
C   Bagaimanakah       D   Siapakah
6.      _____________ dia akan memulangkan buku cerita saya?
A   Siapakah                B   Di manakah          
C   Apakah                  D   Bilakah

UNIT 2 / SUBJEKTIF / PENGUKUHAN

Garisi kata ganti nama diri pada ayat-ayat di bawah.
1.    Raju telah menjuarai pertandingan badminton peringkat sekolah-sekolah rendah daerah Johor Bahru  kerana dia seorang yang tekun berusaha.
2.    Komputer Riba Cikgu Mohan yang hilang telah dijumpai semula di sekolahnya.
3.    Cikgu Arman memesan muruid-muridnya supaya tidak terlupa membawa kamus pada keesokan hari.
4.    Mereka tidak semesra dahulu lagi sejak perkelahian itu.
5.    Dia seorang pemain badminton sekolah yang berkaliber.
6.    "Bilakah awak sampai dari Kuantan," tanya Rakesh kepada Chee Meng.
7.    "Kamu tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat," tegur pengawas kepada Mun Kit.
8.    Kalian akan menyesal jika tidak berusaha dari sekarang.
9.    Kita harus menghormati ibu bapa dan guru.

UNIT 2 / OBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Pilih jawapan yang betul.
1.    Ida mengikat rambut ______________ yang panjang mengurai itu.                                  
A   -nya                       B   saudari                  
C   beliau                     D   puan
2.    _________________ berempat akan mewakili sekolah dalam perbahasan peringkat negeri.
A   Kita                       B   Dia                        
C   Saudara                 D   Mereka
3.    "Bolehkah ______________ tunggu sebentar kerana Encik Zakaria sedang bermesyuarat," kata setiausaha itu.
A   kamu                     B   baginda                 
C   saudara                  D   mereka
4.        _____________________ akan memperbaiki rumah Pak Hassan yang usang itu secara bergotong-royong.
A   Dia                         B   Saya                      
C   Encik                     D   Kami
5.    Empat orang murid Kelas Empat Emas didenda berdiri di luar bilik darjah kerana __________ tidak membuat kerja sekolah.
A   mereka                   B   kami                      
C   kita                         D   anda

UNIT 2 / STRUKTUR / PENGAYAAN

     Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
  1. Murid-murid kelas B tidak __________________ murid kelas A.
  2. Noni menangis kerana ____________________ oleh budak nakal.
  3. Jee Hoo _____________________ melihat kedatangan kami.
  4. Daniel ___________________ bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam ujian itu.
  5. John __________________ sambil memetik gitar.
    berusaha          terkejut          menyanyi       sepandai         dipukul

UNIT 2 / OBJEKTIF / PENGAYAAN

Isi tempat kosong dengan imbuhan awalan yang paling sesuai.

1.    Mohan _______________ dan gembira kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita.
A   disyukuri               B   bersyukur            
C   mensyukuri            D   tersyukur
2.    Pelbagai jenis buku cerita _______________ di perpustakaan itu.
A   terdapat                 B   didapati                
C   mendapati              D   mendapatkan
3.    Selain membaca dan mengulang kaji, Mun Kit juga _______________ karangan di perpustakaan.
A   menulis                  B   dituliskan              
C   menuliskan            D   penulisan
4.    "Halia, serai dan pokok kesum itu ________________ oleh ibu," kata Sok Yee.
A   ditanam                 B   menanam              
C   ditanamkan            D   menanam
5.    Thomas ________________ serpihan kaca semasa bermain di padang.
A   terpijak                  B   memijak                
C   dipijak                   D   berpijak
6.    Melur berjalan sambil _________________ sedulang hidangan.
A   memikul                B   menjinjing             
C   menatang               D   mengepit
7.   Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu, semua orang _____________.
A   terpaku                  B   terharu                  
C   tertawa                  D   tercengang
8.   Kehidupan petani di kawasan itu akan terus ___________ jika kemarau masih berlanjutan.
A   tersekat                  B   terhimpit               
C   terkandas               D   terbantut

Tuesday 22 November 2011

PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 4-NAMAKAN BENDERA-BENDERA










UNIT 1 / OBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Pilih kata ganti nama diri yang paling sesuai.
1.                  _________________ merupakan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat itu.                                                                                                                            
 A   Beliau                    B   Nya                      
  C   Mereka                  D   Dia
2.        Chee Meng selalu datang lambat ke sekolah kerana rumah ______________ jauh dari sini.
A   awak                      B   nya                        
 C  engkau                    D   beliau
3.   "_____________________ boleh pergi ke kantin sekarang," kata Cikgu Hamzah kepada    
      Faizah.
A   Mereka                  B   Dia                        
 C  Nya                         D   Kamu
3.    "Saya berharap ______________ dapat meluluskan cuti saya ini kerana ayah saya sedang   
  sakit tenat," rayu Devi kepada Encik Zulkifri.
A   kamu                     B   puan                      
 C   awak                      D   tuan
4.    "Mengapakah _____________ masih berada di sini?" tanya Abdul kepada Mei Ling dan 
  Prakash.
A   anda                      B   kami                      
 C   kalian                     D   engkau