Wednesday 21 December 2011

UNIT 2 / SUBJEKTIF / PENGUKUHAN

Garisi kata ganti nama diri pada ayat-ayat di bawah.
1.    Raju telah menjuarai pertandingan badminton peringkat sekolah-sekolah rendah daerah Johor Bahru  kerana dia seorang yang tekun berusaha.
2.    Komputer Riba Cikgu Mohan yang hilang telah dijumpai semula di sekolahnya.
3.    Cikgu Arman memesan muruid-muridnya supaya tidak terlupa membawa kamus pada keesokan hari.
4.    Mereka tidak semesra dahulu lagi sejak perkelahian itu.
5.    Dia seorang pemain badminton sekolah yang berkaliber.
6.    "Bilakah awak sampai dari Kuantan," tanya Rakesh kepada Chee Meng.
7.    "Kamu tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat," tegur pengawas kepada Mun Kit.
8.    Kalian akan menyesal jika tidak berusaha dari sekarang.
9.    Kita harus menghormati ibu bapa dan guru.

No comments:

Post a Comment