Isi tempat kosong dengan imbuhan awalan yang paling sesuai.
1. Mohan _______________ dan gembira kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita.
A disyukuri B bersyukur
C mensyukuri D tersyukur
2. Pelbagai jenis buku cerita _______________ di perpustakaan itu.
A terdapat B didapati
C mendapati D mendapatkan
3. Selain membaca dan mengulang kaji, Mun Kit juga _______________ karangan di perpustakaan.
A menulis B dituliskan
C menuliskan D penulisan
4. "Halia, serai dan pokok kesum itu ________________ oleh ibu," kata Sok Yee.
A ditanam B menanam
C ditanamkan D menanam
5. Thomas ________________ serpihan kaca semasa bermain di padang.
A terpijak B memijak
C dipijak D berpijak
6. Melur berjalan sambil _________________ sedulang hidangan.
A memikul B menjinjing
C menatang D mengepit
7. Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu, semua orang _____________.
A terpaku B terharu
C tertawa D tercengang
8. Kehidupan petani di kawasan itu akan terus ___________ jika kemarau masih berlanjutan.
A tersekat B terhimpit
C terkandas D terbantut
No comments:
Post a Comment