Saturday 12 November 2011

Aku Sebuah Basikal

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.
Pengenalan
berasal dari Jepun dibuat di sebuah kilang besi waja terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
disebut basikal dipamerkan berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3
menaiki sebuah kapal dagang berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
nasib malang kapal karam dijumpai oleh penyelam dijual sebagai besi buruk
Penutup
menjadi bahan terbuang kesal kerana tidak dapat berbakti

        Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.
Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
       
        Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
     
         Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,
aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
      
         Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
    
          Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan
baktiku kepada orang Malaysia.

No comments:

Post a Comment