Tuesday 8 November 2011

Latihan Nilai Murni 2

4
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Keadaan di Stesen Monorel Titiwangsa agak sesak. Banyak penumpang yang menunggu tren. Danial beratur untuk membeli tiket. Tren yang ditunggu pun tiba. Beberapa orang penumpang berasak-asak masuk tanpa memberi laluan kepada penumpang yang hendak keluar. Danial ternampak seorang wanita tua terhimpit di celah-celah orang ramai ketika hendak keluar. Danial memberi laluan kepada wanita tua itu. Wanita tua itu mengucap terima kasih kepada Danial. Kemudian, tren itu berhenti di stesen berikutnya. Seorang lelaki buta yang bertongkat masuk perlahan-lahan ke dalam tren. Dia terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk yang kosong. Danial berasa kasihan akan orang buta itu lalu menawarkan tempat duduknya kepada lelaki itu. Lelaki buta itu mengucapkan terima kasih kepada Danial.

5
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Reza baru pulang dari sekolah. Tiba-tiba dia terlihat asap berkepul-kepul keluar dari rumah sahabatnya, Seroja. Dia segera menuju ke tempat itu. Reza terkejut apabila melihat api menjulang ke udara. Rupa-rupanya, Rumah Seroja telah terbakar. Ahli keluarga Seroja dan beberapa orang jiran mereka berusaha untuk memadamkan kebakaran itu. Reza segera ke pondok telefon untuk menghubungi pihak bomba. Setelah itu, Reza pun kembali ke tempat kejadian untuk membantu sahabatnya. Tidak lama kemudian, pihak bomba pun tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan api. Akhirnya, api berjaya dipadamkan. Reza segera menghampiri Seroja yang menangis ketika itu. Reza menenangkan kawannya itu. Penduduk kampung Reza telah mengutip derma kilat untuk membantu keluarga Seroja. Mereka berasa simpati atas kejadian yang menimpa keluarga Seroja.

No comments:

Post a Comment