Saturday 12 November 2011

Karangan Jenis Biografi

Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan.

Pengenalan
- rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah kepunyaan sendiri
Perenggan ke-2
keluar dari rumah awal pagi menunggang basikal
Perenggan ke-3
memakai topi berlampu suluh kerana masih gelap menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4
susu getah dikumpul dimasukkan ke dalam baldi kecil dipindahkan ke sebuah tangki besar
Penutup
 kerja siap pada pukul 12.00 hantar susu getah ke pusat penjualan

         Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu
kepunyaan dirinya sendiri.
        
         Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang
sebuah basikal.
        
          Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja emnoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.
       
          Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah
mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. 

           Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan s7su getah itu ke dalam sebuah takungan besar. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant ar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

No comments:

Post a Comment