Thursday 13 October 2011

PENULISAN REFLEKSI

Tahap Penulisan Refleksi Hatton dan Smith (1995)


KRITIKAL
Tahap yang paling ideal. Perlu dipupuk pada guru pelatih
Sebab, akibat, berhujah dengan diri sendiri, mengaitkan peristiwa yang belaku dengan pegangan prinsip dan falsafah serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya


 
DIALOG
Sebab, akibat ,berhujah dengan diri justifikasi dan tindakan

  

PENULISAN REFLEKSI DESKRIPTIF
Sebab, akibat, justifikasi



PENULISAN DESKRIPTIF
Melaporkan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku di
dalam kelas




PENULISAN DESKRIPTIF

Tidak mengajar dengan berkesan
Pelajar tidak faham walaupun telah dibantu dengan bahan bantu mengajar
Kelas tidak terkawal
Keadaan kelas sukar dikawal
Kesemua objektif hari ini tercapai
Objektif ke empat tidak dapat dilaksanakan

Penulisan Refleksi Deskriptif
Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Pelajar tidak memahami sepenuhnya apa yang disampaikan. Mungkin kerana ABM yang disediakan tidak tepat. Guru sepatutnya lebih banyak memberikan contoh-contoh yang berkaitan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang cuba menyuarakan pendapat dalam
perbincangan yang dijalankan malangnya majoriti pelajar hanya menundukkan muka dan berdiam diri

Penulisan refleksi dialog

Buku persediaan mengajar
Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip paduan daya dan prinsip leraian daya pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Jurnal refleksi
Setelah beberapa kali diselia oleh guru pembimbing dan penyelia, saya dapati
kelemahan saya adalah tidak berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang
menarik ...dan mampu mencungkil idea awal pelajar serta merangsang daya inkuiri
pelajar. Mereka memberikan komen BBM yang saya gunakan tidak dapat membantu melancarkan pengajaran topik pada hari itu. Saya rasa saya patut terima kritikan tersebut secara positif. Model Refleksi juga menegaskan guru yang refleksi perlu bersikap terbuka dan menerima kritikan yang membina. Tapi saya tak kreatif. Tapi takpelah mungkin saya perlu berbincang dengan rakan dan melayari internet mencari bahan-bahan yang menarik bagi membantu saya menyediakan BBM yang efektif.

Penulisan Refleksi Kritikal
...Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar fizik beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari fizik.  Tetapi....setelah beberapa minggu, saya dapati
pendekatan saya ini  menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya dah mula menggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing...Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yang disarankan barulah saya tahu betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikan pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya... Saya perlu perbanyakan aktiviti pengajaran yang dapat menggalakkan pelajar berfikir serta berupaya mencungkil idea awal pelajar...

No comments:

Post a Comment