Friday 28 October 2011

Latihan-Latihan Nilai Murni

Latihan  1
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Razak menunggang basikalnya dengan berhati-hati menuju ke Pasar Mini Abu. Ketika itu jalan raya agak sibuk. Apabila tiba di pasar mini itu, Razak segera membeli barang-barang yang disuruh oleh ibunya. Kemudian, dia beratur untuk membayar harga barang-barang itu. Setelah menerima wang baki daripada juruwang itu, dia pun mengiranya dengan teliti. Razak mendapati wang baki itu telah terlebih. Dia pun memulangkan wang yang lebih kepada juruwang yang bertugas. Juruwang itu mengucap terima kasih kepada Razak. Kemudian, Razaj pun terus pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, Razak memberikan barang-barang yang dibelinya dan wang baki kepada ibunya. Dia juga membantu ibunya mengemaskan barang-barang yang baru dibelinya tadi.

Latihan  2
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Alice pun pergi ke kantin sekolah. Dia tidak berebut-rebut hendak ke kantin. Dia beratur ketika membeli makanan. Dia hanya membeli makanan yang berkhasiat. Dia tidak suka membeli makanan ringan. Sebelum makan, Alice mencuci tangan. Dia makan dengan sopan. Lepas makan, dia pun meletakkan pinggan yang kotor itu ke dalam bekas yang disediakan . Kemudian, dia membasuh tangannya. Ketika hendak masuk ke kelasnya, dia terserempak dengan Cikgu Murni yang sedang membawa buku yang banyak. Alice pun menolong Cikgu Murni membawa buku-buku itu ke bilik guru Selepas itu, Alice masuk ke dalam kelasnya. Dia membaca buku sementara menunggu guru masuk ke dalam kelasnya.

Latihan  3
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Faizal, Lim Tan, dan Suresh belajar di sekolah yang sama. Mereka berkawan baik. Pada hari Ahad yang lalu, mereka pergi ke bandar untuk membeli alat tulis. Mereka menggunakan wang saku yang dikumpul setiap hari untuk membeli alat tulis itu. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan oleh mereka, mereka pun pulang ke rumah. Mereka tidak suka membuang masa. Ketika hendak melintas jalan, mereka ternampak seorang lelaki buta. Lelaki buta itu hendak melintas jalan. Mereka bertiga pun membantu lelaki buta itu. Lelaki buta itu mengucapkan terima kasih kepada mereka. Apabila tiba di perhentian bas, kelihatan banyak orang sedang menunggu bas. Mereka membiarkan orang tua dan kanak-kanak naik dahulu. Kemudian, barulah mereka menaiki bas tersebut. Mereka budak yang baik. Mereka sentiasa mengingati segala nasihat yang diberikan oleh guru dan ibu bapa mereka.

No comments:

Post a Comment