Wednesday, 21 December 2011

UNIT 3 / SUBJEKTIF/ PEMULIHAN


Tuliskan nombor untuk menyatakan jenis ayat di bawah.

1    Ayat penyata                       2      Ayat tanya
3    Ayat perintah                      4      Ayat seruan



1.    Kampung Berjaya telah berjaya memenangi anugerah Kampung Contoh. ____
2.    Syabas, anda semua hebat!  ____
3.    Pernahkah kamu melawat ke Kampung Berjaya?  ____
4.    Kampung ini diisytiharkan sebagai “Kampung Contoh”. ____
5.    Wah, bersih dan indahnya Kampung Berjaya ini! ____
6.    Minta penduduk Kampung Berjaya menjaga kebersihan. ____
7.    Apakah kejayaan penduduk Kampung Berjaya? ____
8.    Chee Meng, tolong ambilkan dompet ayah. ____
9.    Tolong ! Tolong ! Ada rumah terbakar !  ____
10.    Duit simpanan Nora ada pada emaknya.  ____
                                   

UNIT 3 / OBJEKTIF/ PEMULIHAN

Pilih jawapan yang paling tepat.
1.    Ibu _______________ membasuh kain di dalam bilik air.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
2.    Puan Maggie _________ selamat melahirkan anak yang keempat.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
3.    Lina ____________ makan tengah hari lagi walaupun sudah pukul tiga petang.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
4.    Dia __________ berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang
5.    Kita ______________ berdiri tegak ketika lagu "Negaraku" dinyanyikan.
A         belum              B         telah               
C         mesti               D         sedang

UNIT 3 / SUBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
1.             akan     /     majlis  /    pukul  /  itu  /   dimulakan  /   petang.  /    pada   /  enam
____________________________________________________________________
2.             kejayaan  /  tercapai  /   titik   /   dan   /   peluh   /   hasil   /   kampung.   /    kerjasama   /   penduduk   /   ini
____________________________________________________________________
3.             Kami   /    pulang  /    akan   /    ke   /    minggu   /    kampung   /  depan.
____________________________________________________________________
4.             dari   /    ladang.   /    membawa   /    kelapa   /    tandan   /    sawit   /    digunakan traktor   /    keluar
____________________________________________________________________
5.             banyak   /    Sayur-sayuran   /    vitamin.   /    mengandungi
____________________________________________________________________

UNIT 3 / OBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Pilih jawapan yang paling tepat.
1.      Penduduk Kampung Berjaya  ____________ sayur-sayuran di belakang rumah mereka.
A    mencabut                          B   menanam              
C   menarah                             D   mencangkul
2.      Peladang kini menggunakan traktor untuk memudahkan kerja-kerja ______________ tandan-tandan kelapa sawit .
A    mengangkut                     B   menggali               
C  mencangkul                       D   memunggah
3.      Chee Meng rasa bertuah ___________ penduduk Kampung Berjaya.
A    menjadi                            B   mempunyai           
C   memiliki                            D   memilih
4.      Negara kita __________________ getah dan kelapa sawit yang amat berguna kepada      
manusia.
A   menyumbangkan               B   menghasilkan        
C   mengusahakan                  D  menguruskan
5.   Petani yang _______________  hasil tanaman bekerja dengan tekun sekali.
A   menjaga                             B   melihat                  
C   memerhati                          D  memungut

UNIT 3 / SUBJEKTIF/ PENGAYAAN

Isi tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.

1.        Setiap murid ________________ berpakaian seragam jika hendak pergi ke sekolah.
2.        Tanaman yang dibajai ______________ tumbuh dengan subur.
3.        Tukang kebun itu ________________ menyiram pokok bunga apabila tuannya balik.
4.        Adik ______________ tidak memahami apa yang diajar oleh cikgu walaupun sudah diterangkan banyak kali.
5.        Puan Zarina ______________ membeli dua buah pasu bunga semalam.
6.        Mereka yang ______________ menyiapkan kerja tidak dibenarkan pulang.
7.        Pokok itu kelihatan layu kerana ____________ disiram lagi.
8.        Kumpulan murid istimewa itu _______________ membuat persembahan di pentas.
9.        Ah Meng _____________ menyiapkan kerja sekolahnya lebih awal.
10.    Mangsa kebakaran itu _______________ dalam keadaan ketakutan.
11.    Pameran hasil pertanian __________________ diadakan pada minggu hadapan.
      
       akan           telah            sedang
       masih         belum           mesti

UNIT 3 / OBJEKTIF/ PENGAYAAN

Pilih jawapan yang paling sesuai.
1.    Lee Ann ________________ gula-gula kerana asyik bercakap ketika makan.
A    tertelan                 B    menelan               
C    telan                      D    bertelan
2. Kita akan _______________ peperiksaan UPSR dua tahun lagi.
A    duduk                   B    menduduki          
C   diduduki                D    terduduk
3. Kita mesti ___________________ setiap topik yang diajar oleh cikgu.
A     memahami           B    melupai                
C   merangka               D    merenung
4. Penternak ikan air tawar itu sedang ____________ makanan kepada ikan-ikannya.
A   menggantung        B    membuang           
C   mencucuk              D   menabur
5. Kami ________________ kereta ayah yang rosak itu.
A  menolak                  B    membelit               
C   memimpin              D   menongkat
6. Gerard ______________ kepalanya yang gatal.
A  menghiris                B   mengguris             
C   menggaru               D   menumbuk

UNIT 2 / SUBJEKTIF/ PEMULIHAN

Garisi kata ganti nama diri yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1.    "Emak, ( kamu , aku , hamba ) ingin makan nasi lemak," kata adik kepada emak.
2.    Pada minggu lepas, ( awak , tuan , kami ) sekeluarga bercutti ke Pulau Langkawi.
3.    "( Saudara ,  Saudari , Encik ) mencari siapa?" tanya Johari kepada gadis itu.
4.    Mary tinggal bersama datuk ( nya ,  kau , beliau )
5.    "( Hamba , Beta , Tuan ) menurut segala perintah tuanku," kata Datuk Bahaman.
6.    Produk ini direka khas untuk ( kamu, baginda , beliau ) yang sentiasa sibuk.
7.    "Wah, besarnya rumah ( anda , awak , kalian )!" kata Alia kepada kawan baiknya.
8.    "Patik berharap agar ( tuanku , kamu , anda ) memikirkan hal ini sebaik-baiknya," kata bendahara kepada sultan.
9.    "Bilakah ( kalian , anda , tuanku ) hendak bersiap ke sekolah?" tanya Min Er kepada anak-anaknya.
"Sudahkah ( tuanku , awak , anda ) membayar yuran komputer?" tanya Jesica kepada Amir.