Tuesday 22 November 2011

PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 4-NAMAKAN BENDERA-BENDERA










UNIT 1 / OBJEKTIF/ PENGUKUHAN

Pilih kata ganti nama diri yang paling sesuai.
1.                  _________________ merupakan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat itu.                                                                                                                            
 A   Beliau                    B   Nya                      
  C   Mereka                  D   Dia
2.        Chee Meng selalu datang lambat ke sekolah kerana rumah ______________ jauh dari sini.
A   awak                      B   nya                        
 C  engkau                    D   beliau
3.   "_____________________ boleh pergi ke kantin sekarang," kata Cikgu Hamzah kepada    
      Faizah.
A   Mereka                  B   Dia                        
 C  Nya                         D   Kamu
3.    "Saya berharap ______________ dapat meluluskan cuti saya ini kerana ayah saya sedang   
  sakit tenat," rayu Devi kepada Encik Zulkifri.
A   kamu                     B   puan                      
 C   awak                      D   tuan
4.    "Mengapakah _____________ masih berada di sini?" tanya Abdul kepada Mei Ling dan 
  Prakash.
A   anda                      B   kami                      
 C   kalian                     D   engkau

Latihan Isi Tempat Kosong Tahun 4 /4年级华文(第4课)制作过程

1.    谈书签的用途          2  说明制作材料
3.    介绍制作过程          4  感想
————————————————————————————————
     书签可以用来做(   1 ),帮助我们更快找到
书的页码,为我们(    2 )。书签的(  3  
不难,我们可尝试利用野花草来制作    4  )。
     我们需要的(  5   )是野花草和压模纸。我
们也需要(   6  )两样(  7 ),就是  8
  9 )。首先,我们把野花草捋平,然后摆出自己
喜欢的造型。接着,轻轻地把野花草放进书里压平。
    过了一会儿,我们才把摆好的野花草造型从书
里取出来,再轻轻地放进压模纸里。我们把压模纸放
平后,就放进压模机理里进行压模。
     压模结束后,就用( 10   )沿边剪下野花草书
签,不过得( 11  )保留与野花草一定的( 12  ,
免漏气。
    你看,一张(  13 )的野花草树书签就( 14 
了!有了书签,你可以把它夹在自己喜欢的书里,看
书时就( 15    )得多了。
——————————————————————————
一台压模机   压平  制作过程   剪刀   大功告成
节省时间   注意   工具   标记  一把剪刀  书签    
准备   空间   材料   设计特别    方便

PENULISAN BAHAGIAN C TAHUN 4 / 丙组作文(30%)

     任选以下一题作答,字数不少过120

(A) 妈,我错了!

(B)当我从老师的手中接过考卷时,我的眼泪禁
       不住流了下......”
       试用以上这段文字作为开头,完成一篇文章。 

(C) 写一封信给你的朋友,与他一起分享你如何度
      过愉快的教师节。

PENULISAN BAHAGIAN B TAHUN 4 / 乙组作文 (20%)

下列是宽柔二小主办的“环境卫生运动”及“健康家庭日”活动的节目表,根据下列的节目表,书写一篇短文,字数不少过80


时间
         节目
8.00 a.m.
校长致词
8.15 a.m.
家教协会主席致开幕词
8.30 a.m.
消灭黑斑蚊儿童短剧
9.00 a.m.
儿童趣味游戏
10.00 a.m.
儿童填色比赛
A组:一至三年级组
B组:四至六年级组
11.00 a.m.
搓捏手工泥学习坊(由美术老师免费指导)
11.30 a.m.
健康食品展销会
12.00 p.m.
颁奖仪式
12.30 p.m.
活动结束

BAHASA CINA TAHUN 4-BAHAGIAN A /甲组(10%)

仔细阅读以下短文,然后从文中选出适当的词语填写在下列5个句子中。
老百姓听到屈原投江自尽的消息后,纷纷划船去抢救,这就是端午节划龙舟的起源。老百姓不忍心让爱国诗人被鱼儿吃掉,便用竹叶包裹着糯米,制成粽子扔进水里。他们希望鱼儿吃了粽子,便不会去吃爱国诗人。端午节这个传统节日,以及吃粽子与划龙舟的习俗,已流传到各地。
         

1.柔佛州的代表在这一次的 _____________竞赛获得
  冠军宝座。

2.王经理是个负责任的上司,他绝对不可能就这样
   ______________下工作不管。

3.松林受伤了,博川急忙从急救箱里拿出绷带替他把伤
   口_________ 好。

4.礼尚往来是____________美德,佳节时,亲戚送礼
  给我们,我们应该回礼。

5.冬至吃汤圆,象征家庭和谐、吉祥。一般家庭都有
  过冬至吃汤圆的________________

Sunday 20 November 2011

LATIHAN PENGAYAAN

Isi tempat kosong dengan ganti nama diri yang sesuai

   kalian       kami       saya       kita        dia       mereka

1.    Mari ______________ bantu keluarga Chee Meng mengangkat barang.
2.    Chee Meng ialah kawan baru ____________________.
3.    Encik Tong mengundang ______________ sekeluarga ke rumahnya.
4.    Chee Meng ialah jiran baru Asraf. ____________ tinggal di Lorong Melati.
5.     "Terima kasih kerana _______________ membantu saya," kata Chee Meng.
6.    Normala dan adiknya jatuh sakit. _______________ sedang dirawat  di hospital.

Saturday 12 November 2011

Karangan Jenis Biografi

Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan.

Pengenalan
- rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah kepunyaan sendiri
Perenggan ke-2
keluar dari rumah awal pagi menunggang basikal
Perenggan ke-3
memakai topi berlampu suluh kerana masih gelap menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4
susu getah dikumpul dimasukkan ke dalam baldi kecil dipindahkan ke sebuah tangki besar
Penutup
 kerja siap pada pukul 12.00 hantar susu getah ke pusat penjualan

         Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu
kepunyaan dirinya sendiri.
        
         Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang
sebuah basikal.
        
          Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja emnoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.
       
          Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah
mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. 

           Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan s7su getah itu ke dalam sebuah takungan besar. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant ar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

Aku Sebuah Basikal

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.
Pengenalan
berasal dari Jepun dibuat di sebuah kilang besi waja terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
disebut basikal dipamerkan berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3
menaiki sebuah kapal dagang berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
nasib malang kapal karam dijumpai oleh penyelam dijual sebagai besi buruk
Penutup
menjadi bahan terbuang kesal kerana tidak dapat berbakti

        Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.
Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
       
        Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
     
         Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,
aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
      
         Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
    
          Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan
baktiku kepada orang Malaysia.

Tuesday 8 November 2011

Latihan Pengayaan 1

UNIT 1 / OBJEKTIF / PENGAYAAN
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.      _______________ majlis perkahwinan kamu akan diadakan?
A   Bilakah                  B   Siapakah               
C   Berapakah             D   Bagaimanakah
2.      _______________ bilangan adik-beradik kamu?
A   Bilakah                  B   Apakah                 
C   Berapakah             D   Mengapakah
3.      _______________ kamu berdiam diri sahaja?
A   Apakah                  B   Manakah               
C   Mengapakah          D   Bagaimanakah
4.      Ayah membeli senaskhah _______________ untuk mengetahui perkembangan terbaharu yang berlaku di Gaza.
A   risalah                    B   surat khabar          
C   novel                      D   kamus                   
5.      _____________ disambut setiap tahun untuk memperingati hari ulang tahun kemerdekaan negara.
A   Hari Wilayah         B   Hari Gawai           
C   Hari Pahlawan       D   Hari Kebangsaan
6. Dalam cerita rakyat, __________________ merupakan watak binatang yang sangat bijak.
A   Si Comel               B   Pak Belang                       
C   Sang Kancil           D   Sang Rangkak
7.    Perdana Menteri Malaysia akan ke Jepun. ______________ akan berada di sana selama tiga hari.
A   Beta                       B   Beliau                   
C   Tuanku                  D   Baginda
8.    Chee Meng murid yang bijak walaupun ________________ cacat penglihatan.
A   ia                           B   kamu                     
C   beliau                     D   engkau

Latihan Nilai Murni 2

4
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Keadaan di Stesen Monorel Titiwangsa agak sesak. Banyak penumpang yang menunggu tren. Danial beratur untuk membeli tiket. Tren yang ditunggu pun tiba. Beberapa orang penumpang berasak-asak masuk tanpa memberi laluan kepada penumpang yang hendak keluar. Danial ternampak seorang wanita tua terhimpit di celah-celah orang ramai ketika hendak keluar. Danial memberi laluan kepada wanita tua itu. Wanita tua itu mengucap terima kasih kepada Danial. Kemudian, tren itu berhenti di stesen berikutnya. Seorang lelaki buta yang bertongkat masuk perlahan-lahan ke dalam tren. Dia terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk yang kosong. Danial berasa kasihan akan orang buta itu lalu menawarkan tempat duduknya kepada lelaki itu. Lelaki buta itu mengucapkan terima kasih kepada Danial.

5
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Reza baru pulang dari sekolah. Tiba-tiba dia terlihat asap berkepul-kepul keluar dari rumah sahabatnya, Seroja. Dia segera menuju ke tempat itu. Reza terkejut apabila melihat api menjulang ke udara. Rupa-rupanya, Rumah Seroja telah terbakar. Ahli keluarga Seroja dan beberapa orang jiran mereka berusaha untuk memadamkan kebakaran itu. Reza segera ke pondok telefon untuk menghubungi pihak bomba. Setelah itu, Reza pun kembali ke tempat kejadian untuk membantu sahabatnya. Tidak lama kemudian, pihak bomba pun tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan api. Akhirnya, api berjaya dipadamkan. Reza segera menghampiri Seroja yang menangis ketika itu. Reza menenangkan kawannya itu. Penduduk kampung Reza telah mengutip derma kilat untuk membantu keluarga Seroja. Mereka berasa simpati atas kejadian yang menimpa keluarga Seroja.

Membina ayat






Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam video klip ini.

1. memilih ikan

2. manjinjing bakul

3. menimbang sayur

4. bertanya harga

5. menjerit