Friday 28 October 2011

Gambar-Gambar Nilai Murni






Contoh Menulis Nilai Murni

BERANI
Kita mesti berani dengan menyelamatkan mangsa lemas.

MURAH HATI
Kita hendaklah murah hati seperti doktor memberi rawatan percuma kepada orang miskin.

BERTANGGUNGJAWAB
Kita perlu bertanggungjawab dengan menjalankan tugas yang diberikan.

BERSYUKUR
Kita seharusnya bersyukur seperti berasa bertuah mempunyai keluarga yang bahagia.

PERAMAH
Kita perlu peramah seperti melayan pelanggan dengan mesra.

MENJAGA KESELAMATAN
Kita mestilah menjaga keselamatan dengan berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik.

BEKERJASAMA
Kita hendaklah bekerjasama seperti suka menolong antara satu dengan yang lain.

BERDISIPLIN
Kita seharusnya berdisiplin seperti mematuhi peraturan yang ditetapkan.

BERANI
Kita mesti berani dengan menyelamatkan nenek dalam kebakaran.

MENGHARGAI PERTOLONGAN
Kita hendaklah menghargai pertolongan dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu kita

Latihan-Latihan Nilai Murni

Latihan  1
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Razak menunggang basikalnya dengan berhati-hati menuju ke Pasar Mini Abu. Ketika itu jalan raya agak sibuk. Apabila tiba di pasar mini itu, Razak segera membeli barang-barang yang disuruh oleh ibunya. Kemudian, dia beratur untuk membayar harga barang-barang itu. Setelah menerima wang baki daripada juruwang itu, dia pun mengiranya dengan teliti. Razak mendapati wang baki itu telah terlebih. Dia pun memulangkan wang yang lebih kepada juruwang yang bertugas. Juruwang itu mengucap terima kasih kepada Razak. Kemudian, Razaj pun terus pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, Razak memberikan barang-barang yang dibelinya dan wang baki kepada ibunya. Dia juga membantu ibunya mengemaskan barang-barang yang baru dibelinya tadi.

Latihan  2
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Alice pun pergi ke kantin sekolah. Dia tidak berebut-rebut hendak ke kantin. Dia beratur ketika membeli makanan. Dia hanya membeli makanan yang berkhasiat. Dia tidak suka membeli makanan ringan. Sebelum makan, Alice mencuci tangan. Dia makan dengan sopan. Lepas makan, dia pun meletakkan pinggan yang kotor itu ke dalam bekas yang disediakan . Kemudian, dia membasuh tangannya. Ketika hendak masuk ke kelasnya, dia terserempak dengan Cikgu Murni yang sedang membawa buku yang banyak. Alice pun menolong Cikgu Murni membawa buku-buku itu ke bilik guru Selepas itu, Alice masuk ke dalam kelasnya. Dia membaca buku sementara menunggu guru masuk ke dalam kelasnya.

Latihan  3
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Faizal, Lim Tan, dan Suresh belajar di sekolah yang sama. Mereka berkawan baik. Pada hari Ahad yang lalu, mereka pergi ke bandar untuk membeli alat tulis. Mereka menggunakan wang saku yang dikumpul setiap hari untuk membeli alat tulis itu. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan oleh mereka, mereka pun pulang ke rumah. Mereka tidak suka membuang masa. Ketika hendak melintas jalan, mereka ternampak seorang lelaki buta. Lelaki buta itu hendak melintas jalan. Mereka bertiga pun membantu lelaki buta itu. Lelaki buta itu mengucapkan terima kasih kepada mereka. Apabila tiba di perhentian bas, kelihatan banyak orang sedang menunggu bas. Mereka membiarkan orang tua dan kanak-kanak naik dahulu. Kemudian, barulah mereka menaiki bas tersebut. Mereka budak yang baik. Mereka sentiasa mengingati segala nasihat yang diberikan oleh guru dan ibu bapa mereka.

16 Nilai-Nilai Murni

16 NILAI-NILAI MURNI
1 BAIK HATI

1.1. Belas kasihan        
      - bersimpati terhadap kesusahan orang lain
1.2. Bertimbang rasa    
      - mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.
1.3. Murah hati          
      - memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan.
1.4. Saling memahami    
      - sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami                  perasaan dan keperluan orang lain.
1.5. Saling bermaafan   
      - sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2. BERDIKARI

2.1. Berupaya bertindak sendiri
       – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang                     lain.
2.2. Yakin kepada diri sendiri   
      – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup  mencuba.

3. BERHEMAH TINGGI

3.1. Kesopanan               
      – berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan.
3.2. Mengakui kesilapan sendiri
      –sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
3.3. Ramah mesra        
      – sedia bergaul mesra dengan semua orang.


4. HORMAT

4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga
       –memulia dan patuh  kepada mereka.
4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru,
      rakan jiran dan pemimpin
      menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik                   kepada mereka.
4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara
        – menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambing
          kebesaran   negeri dan negara.
4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum  
     – menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum.
4.5. Patuh kepada undang-undang
      – mematuhi undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG

5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain
        – menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2. Sayangkan alam sekitar
      – memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna
          untuk kesejahteraan hidup.

6. KEADILAN

6.1. Adil
       – Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, 
              menyeluruh dan bersesuaian.
6.2. Saksama
      – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.




7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

        • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar
          batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat
          dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara
          dan agama.

8. KEBERANIAN

8.1. Berani mencuba
        – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba
         untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
8.2. Berani kerana benar
      – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya                            dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

9.1. Kebersihan diri
      – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap                 individu untuk kehidupan yang sihat.
9.2. Kebersihan persekitaran
         – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada
           kekotoran dan pencemaran.
9.3. Kebersihan mental
      – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan                            oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10. KEJUJURAN

10.1. Amanah
      – Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang                        diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
10.2. Bercakap benar
       – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau                 berselindung.
10.3. Ikhlas
       – Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN

11.1. Daya usaha
      – Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan                   enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
11.2. Dedikasi
      – Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk                       perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA

12.1. Gotong-royong
       – Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
12.2. Toleransi
       – Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya                 perselisihan.
12.3. Perpaduan
       – Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,                           masyarakat, negara dan antarabangsa

13. KESEDERHANAAN

13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana
       –Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas
            serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan oranglain.
13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan            orang lain
        – Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan 
           diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN

14.1. Berterima kasih
      – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan                            penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15. RASIONAL

15.1. Membuat pertimbangan
       – Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara                       sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT

16.1. Bermaufakat
       – Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu                              pekerjaan bagi kepentingan bersama.
16.2. Kerajinan
       – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong dan                                 bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat.
16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
       Memahami masalah masyarakat dan sedia
             berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTIK

17.1. Cintakan negara
      – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan                   negara.
17.2. Berkorban untuk negara
      – Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara                daripada diceroboh.

Saturday 15 October 2011

Usaha MBMMBI

Program-program akademik dan peningkatan akademik telah dijalankan:-

Program akademik
1. P&P
-Ejaan secara terancang setiap minggu
-Rencana setiap minggu
-Penilaian
-Penulisan Bahagian A, B dan C
-Bina ayat sendiri

2. PLBS
-Perlu dijalankan dengan sistematik dan terancang
-Sijil akan diberi kepada semua murid Tahun Enam

3. KIA2M, PINCH, PROTIM
-Perlu dilaksanakan secara terancang supaya masalah penguasaan 2M tidak berlarutan yang sangat mempengaruhi pencapaian UPSR

4. NILAM
-Pelaksanaan tahun 2008 tidak lancar disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya kekangan masa
-Beberapa perubahan akan dibuat untuk mengatasi masalah ini

Program peningkatan akaedemik
1. Program Bijak Kata
-Program bacaan karangan sesi pagi akan ditukar kepada bacaan senarai rangkai kata bersama makna dalam Bahasa Cina
-Program ini akan dijalankan pada hari Selasa dan murid menulis ejaan pada hari Khamis
-Guru masa pertama setiap kelas menguruskan program ini di kelas masing-masing
-Murid menyemak sendiri dan akan disahkan oleh guru BM
-10 perkataan setiap minggu

2. Program Pintar Cerdas Bahasa
-Mengadakan kuiz mingguan untuk semua murid
-Murid akan menghantar jawapan setiap minggu setelah menjawab soalan pada sudut Bahasa Melayu
-Hadiah akan disediakan untuk setiap bulan/ penggal/ tahun
-Perincian program ini akan dibincangkan kemudian

3. Kempen Gerakan Membaca
-Murid akan membaca 10 ayat nilai sebanyak dua kali dan diketuai oleh seorang murid pada hari perhimpunan
-Bacaan nilai murni akan dijalankan sebelum nyanyian lagu Negaraku

4. Program Titian Kasih
-Program ini akan dijalankan pada hari Rabu setiap minggu
-Semua guru BM Tahun Enam perlu mengenal pasti calon Program Titian Kasih

5. Program Citra Bestari
-Kelas Bimbingan Mingguan (Tuisyen Petang) akan dijalankan seperti yang telah ditetapkan oleh guru besar
-Penambahan waktu Tahun Lima akan dibuat bersesuaian dengan program Pra-UPSR

6. Pra UPPM 1 dan Pra Percubaan UPSR Tahun Enam
-Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai aras pencapaian mereka dan meneruskan usaha gigih untuk mencapai kejayaan yang lebih baik
-Pendedahan format soalan UPSR yang sebenar kepada murid
-Pra UPPM 1 akan dijalankan tiga minggu sebelum UPPM 1
____________________________________________

KLINIK BAHASA
-Klinik Bahasa akan diadakan pada salah satu slot Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
-Penderamah ialah Munsyi Dewan

CERAMAH/ BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN
-Ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu akan diberikan kepada calon UPSR
-Akan diadakan semasa Kem Motivasi UPSR mengikut takwim sekolah

POSTMORTEM DAN ANALISIS ITEM SETIAP KALI UJIAN
-Guru Bahasa Melayu akan membuat postmortem dan analisis item setiap kali ujian
-Bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid mengikut soalan sekaligus dapat membimbing murid pada tajuk yang kurang dikuasai oleh mereka

DISKUSI BAKAN SEJAWAT
-Perbincangan boleh dilakukan secara formal atau tidak formal sepanjang masa dan mengikut keperluan semasa
-Diskusi dibuat bertujuan berkongsi sebarang maklumat dan menambah ilmu pengetahuan mengenai Bahasa Melayu

MODUL TEKNIK PENGAJARAN DAN PENANDAAN
-Setiap guru Bahasa Melayu akan dibekalkan dengan modul teknik pengajaran dan penandaan Bahasa Melayu
-Modul ini akan menerangkan serba sedikit mengenai format penandaan Kertas 2 Bahasa Melayu mengikut format UPSR

PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA
-Perjumpaan dengan ibu bapa murid dibuat semasa Hari Terbuka sekolah mengikut takwin sekolah
-Selain itu, perjumpaan boleh dibuat secara tidak formal untuk membincangkan prestasi atau masalah yang dihadapi oleh anak mereka

KLINIK INTENSIF
-Klinik intensif akan diadakan sebelum murid menduduki peperiksaan UPSR
-Ia bertujuan untuk membantu dan membimbing murid sebelum mereka menduduki UPSR


KALAU GURU MENGAJAR SAMBIL BERLAKON
MURID BELAJAR DENGAN TEKUN

KALAU GURU MENJADI PEMUDAHCARA
RAMAI MURID PANDAI BERBICARA

KALAU GURU MENGAJAR TANPA MENILAI
TAK AKAN TAHU MURID BODOH ATAU PANDAI

KALAU GURU KURANG MENGAJAR
DAPATLAH MURID YANG KURANG AJAR

KALAU GURU KURANG MERANCANG
DALAM BILIK DARJAH BANYAK TEMBELANG

Friday 14 October 2011

MBMMBI

Pengenalan kepada MBMMBI
Dasar MBMMBI dilaksanakan oleh KPM mulai tahun 2011, strategi utama memartabatkan bahasa Melayu melibatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains and mathematik di sekolah rendah and menengah serta penambahbaikkan terhadap pendekatan p&p bahasa Melayu.
Manakala strategi utama memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikkan kurikulum bahasa Inggeris, penyediaan guru dan bahan yang mencukupi lagi berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

Thursday 13 October 2011

PENULISAN REFLEKSI

Tahap Penulisan Refleksi Hatton dan Smith (1995)


KRITIKAL
Tahap yang paling ideal. Perlu dipupuk pada guru pelatih
Sebab, akibat, berhujah dengan diri sendiri, mengaitkan peristiwa yang belaku dengan pegangan prinsip dan falsafah serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya


 
DIALOG
Sebab, akibat ,berhujah dengan diri justifikasi dan tindakan

  

PENULISAN REFLEKSI DESKRIPTIF
Sebab, akibat, justifikasi



PENULISAN DESKRIPTIF
Melaporkan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku di
dalam kelas




PENULISAN DESKRIPTIF

Tidak mengajar dengan berkesan
Pelajar tidak faham walaupun telah dibantu dengan bahan bantu mengajar
Kelas tidak terkawal
Keadaan kelas sukar dikawal
Kesemua objektif hari ini tercapai
Objektif ke empat tidak dapat dilaksanakan

Penulisan Refleksi Deskriptif
Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Pelajar tidak memahami sepenuhnya apa yang disampaikan. Mungkin kerana ABM yang disediakan tidak tepat. Guru sepatutnya lebih banyak memberikan contoh-contoh yang berkaitan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang cuba menyuarakan pendapat dalam
perbincangan yang dijalankan malangnya majoriti pelajar hanya menundukkan muka dan berdiam diri

Penulisan refleksi dialog

Buku persediaan mengajar
Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip paduan daya dan prinsip leraian daya pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Jurnal refleksi
Setelah beberapa kali diselia oleh guru pembimbing dan penyelia, saya dapati
kelemahan saya adalah tidak berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang
menarik ...dan mampu mencungkil idea awal pelajar serta merangsang daya inkuiri
pelajar. Mereka memberikan komen BBM yang saya gunakan tidak dapat membantu melancarkan pengajaran topik pada hari itu. Saya rasa saya patut terima kritikan tersebut secara positif. Model Refleksi juga menegaskan guru yang refleksi perlu bersikap terbuka dan menerima kritikan yang membina. Tapi saya tak kreatif. Tapi takpelah mungkin saya perlu berbincang dengan rakan dan melayari internet mencari bahan-bahan yang menarik bagi membantu saya menyediakan BBM yang efektif.

Penulisan Refleksi Kritikal
...Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar fizik beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari fizik.  Tetapi....setelah beberapa minggu, saya dapati
pendekatan saya ini  menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya dah mula menggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing...Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yang disarankan barulah saya tahu betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikan pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya... Saya perlu perbanyakan aktiviti pengajaran yang dapat menggalakkan pelajar berfikir serta berupaya mencungkil idea awal pelajar...

HARI SUKAN

Hari sukan
Pada 27 September 2011 SJK ( C ) Foon Yew 2  telah mengadakan termasya sukan . Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi.

     Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Bendera rumah sukan, bendera Negei Johor dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

      Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin.Pada pukul 7.30 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.

       Tuan Pegawai Pendidikan Daerah JB  telah tiba pada pukul 7.45 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu  Encik Tai serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan  tersebut.

       Selepas  upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara lari 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan.Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Sebelum bersurai pada pukul 12.30 tengah hari, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang diadakan di kantin.